Wednesday, 2 March 2016

Dinar dan Dirham dalam hadis rasullullah

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)



Tuesday, 1 March 2016

Tips BisnesOnline

TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA!
1. GUNA NAMA & GAMBAR PROFILE DIRI SENDIRI
Yang ni paling utama & paling penting! Ni adalah benda pertama kita kena ubah.. Nampak kita seorg yg serius dan jujur. Tapi masih ada yang tak ambil tindakan.
Guna nama sebenar kita kerana itulah BRAND kita! Bangga & yakinlah jadi diri sendiri. Jika kita sendiri yang tak yakin pada diri sendiri macam mana orang lain nak yakin berurusan dengan kita, betul?
Guna nama yang sama disemua media sosial, media cetak & media elektronik supaya bila hari2 orang tengok anda, orang akan ingat kerana dah save dalam kepala otak!
Gambar profile elakkn letak gambar anda bersama anak2 atau orang lain. Tapi kalau bersama pasangan boleh laa.. Lagi bagus guna gambar yg diambil oleh photographer professional.